CERITA AKU...

SELAMAT DATANG KE BLOG AKU!!!
AKU PUNYE BLOG, AKU PUNYE SUKA LE NAK TULIS PE
HAHHAAHHAHAAHAH:)

Selasa, 5 April 2011

ketahuilah olehmu..

Awak,
Bila datang perasaan rindu kat awak mesti jiwa saya bercelaru, kosong, sedih..
Bila datang rindu kat awak, saya mula teringat mesej- mesej cinta awak yang memanggil saya dengan panggilan yang agak manja..
Bila saya teringatkan awak, hati saya mula menagis,hati saya sakit awak..:(
Bila saya rindu kat awak lagi, saya try cari facebook awak, bukak facebook awak.. walaupun awak dah remove saya dari frendlist awak, gambar profil awak boleh saya tengok jadi terubat juga rasa rindu saya pada awak..
Bila saya rindu awak, saya akan cari facebook member baik awak, nasib baik member awak tak buat privacy kat facebook dier jadi saya bleh tengok gambar awk..

Awak
,saya nak anta mesej kat awak, nak tanye khabar awk dekat sana tu tapi sy takut kalau mesej saya nie menggangu awak...
awak,
bila saya teringat balik janji- janji awak pada saya dulu, saya tersenyum seketika..
walaupun sekarang awak dengan dier, tapi hati kecik saya masih mengharapkan awak lagi, saya masih mengharapkan awak datang balik pada saya..
saya terlalu rindu pada awak sebenarnya....

Ahad, 20 Februari 2011

JANGANLAH BUAT ORANG YANG MENCINTAI KAMU KECEWA....................

oleh Fauzie Ishak pada pada 03hb Disember 2010 pukul 6.30 ptg

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Jumaat, 28 Januari 2011

untuk SHAFIE...

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA (DR.FADILAH KAMSAH)

oleh Siti Aliah Rosli pada pada 27hb Januari 2011 pukul 11.33 pagi

BUAT PEDOMAN BERSAMA.

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....

Khamis, 20 Januari 2011

Pagi tadi aku g kelas proses writing cam biase, kena berebut- rebut nek bas..abis kelas proses writing aku jalan pergi ke library..Lepak foyer banyak benda aku leh lihat, pak arab de, china de, melayu de,tua de, muda de bak kata orang macam2 ade la tapi yang palaing best aku tengok bila de couple2 dok lepak same kat foyer tuu...HUU rase sebak kat dada nie pun de, sedih tul aku,orang len berdua aku sorang je.. aku mula terbayang fie, agak2nya dier pun cam couple2 yang de kat foyer tdi, sgt mesra sumenye...

aku juga mula terpikir, nape ALLAH tempatkan dier jauh dari aku, de hikmah sumenye rupanya..lau dier dapat uum sama ngan aku dulu, mesti aku dah meraung dah tengok dier mesra ngan orng len...hahahahhahhaah..what can i say,I still miss him so much!!!Im still wait him back to me..insyaallah..amin,,,

Rabu, 12 Januari 2011

keranamu shaFIE

Entah mengapa pilunya,
entah mengapa sepinya,
setelah kau sering hilang entah mana,
mungkin kerana diriku
tidak sepadan denganmu,
lantaran kau meninggalkanku sendiri

Kini ku tahu kau berpura bersamaku,
luka di hati ku kecewa di atas perbuatanmu,
mengalirlah air mata kau terpaksaku lepaskan,
tinggallah kasih sayang selamamnya..

Kau pergi ku menanggung rasa rindu,
sebaknya hati ini keranamu...

Kini terpaksa ku terima segalanya,
walauku tahu kau bahgia semenjak melepaskanku
Hanya aku bertemankan rasa pilu yang menjelma,
sebaknya hati ini keranamu...

Kiniku tahu pedihnya,
Bila cinta tiada lagi sehaluan,
Mungkin kerana diriku tidak sepadan dengamu
Maaf syg kau terpaksaku lepaskan,
Sebaknya hatiku ini,
Keranamuuuuu.....

Sabtu, 1 Januari 2011

Leon Balasan janji palsumu

warkah untuk Shafie

kehadapan awk yg amat sy rindui,
Awak, awk sihat ke?? sy kat sini sihat je,tapi sy tak cam dlu lagi,,sy rindukan awk, awk rindukan sy tak??cam ne kehidupan awk sekarang, mesti lagi best dengan si dia kan??mesti tiap ari awk lepak ngan dier, pegi makan ngan dier, g kelas ngan dier, g lib ngan dier, msg ngan dierkan??mesti awk tgah syok giler, bahagian ngan dierkan???

Lau awk tgah bahagia ngan dier, sy pun turut gembira gak...tak pe le awk, sy sedih, awk tgah gmbira ngan dier..awk nak tau tak tiap hari sy doa kat ALLAH agar awk balik pada sy balik, sy terlalu rindukan awk, terlalu sygkan awk..Hidup sy sepi awk, kosong tak de makne dah awk takde skrng..awk tak pernah pikir ke cam ne perasaan sy??pada satu tahap sy rase sy cam malas nak hidup je, sbb sy dah kehilangan awk..mmber2 sy bnyk bg nasihat supaya sy lupakan awk, tapi semakin sy nak lupa semakin kuat ingatan sy pada awk?? cam ne sy nak wat awk??

Awk,knpa awk tinggalkan sy??pe dosa sy pada awk??nape awk buat sy cam nie??kita dah kawan bukan sekejab tapi dah masuk 4 tahun.. nape hati awk cepat sgt berubah pada sy.. sy akui sy tak le baik sgt tapi sy tak sekejam cam awk..nawk ingt tak lagi mase mula2 awk ayat sy lu, awk jnji awk tak kan tinggalkan sy kan?? tapi nape skrng awk tinggalkan sy, sy perlukan awk..Nape 4 tahun lepas awk bg harpn kat sy, pastu skrng awk yg musnahkan harapan tu?? nape???nape awk??

Awk, awk ingat tak lagi, mase kita kawan lu, kita msg tiap mase kan??pagi, petang, siang malam.. tapi skrng, hnset sy lngsung tak berbunyi dah..tak de dah msg yg wat hati sy gembira sy dapat awk..awk ingat lagi tak, mase sy merajuk, sy sllu cakap cam nie" abg tu bukan syg ayg pun" awk mesti balas cam nie "sape ckp tak syg" awk ingat lagi tak sume tu??sy rindu sume tu awk..rindu sgt2..dah tak de orng nak pujuk sy bila sy merajuk g,,,:(

Awk, sy tak de pape dah nak ckp nie,, awk jaga lah dier elok2 k.lau awk tak bhgia ngan dier, awk dtg le kat sy balik, sy tunggu awk k..sy syg awk sgt2:)

yang benar,
perindu setia